Pelabuhan Victoria
Pelabuhan Victoria

Pelabuhan Victoria

Koordinat: 22°17′15.91″N 114°10′25.03″E / 22.2877528°N 114.1736194°E / 22.2877528; 114.1736194Pelabuhan Victoria terletak antara Semenanjung Kowloon dan Pulau Hong Kong di Hong Kong. Dengan keluasan kira-kira 41.88 km² pada tahun 2004, kedalaman semulajadi dan lokasi terlindungnya menarik orang British untuk menduduki pulau Hong Kong etika Perang Candu Pertama, lalu menubuhkan jajahan sebagai pusat perdagangan.Pelabuhan ini terkenal kerana pemandangan panorama yang mengagumkan, dan maka itu menjadi tarikan pelancong. Pelabuhan ini menjadi tumpuan utama semulajadi wilayah ini, serta dianggap satu unsur geografi semulajadi yang penting untuk para warga kota. Rasa kerapatan geografinya ditonjolkan khususnya baru-baru ini, apabila usaha kerajaan Hong Kong untuk menjalankan projek penebusgunaan di pelabuhan itu menghadapi bantahan ramai, sungguhpun penebusan itu sudah dijalankan di situ sejak 150 tahun dahulu.